Kita mengambil maklum bahawa:
- COVID-19 mula menampakkan kesan pengurangan di China. Setakat 20 Mac, hanya 5 kes baru dilaporkan dan tiada kes baru direkodkan di Wuhan. Petanda ini memberitahu bahawa COVID-19 boleh dibendung walaupun ia memakan masa yang lama.
- COVID-19 memberi kesan kepada ekonomi global berikutan gangguan terhadap rantaian bekalan dan perkhidmatan (disruption of the global supply chain). Di peringkat Malaysia, pengusaha kecil dan sederhana (SME) bakal menerima tempias akibat gangguan di peringkat global.
- The Sun (20 Mac 2020) melaporkan 1 juta dijangka akan hilang pekerjaan dalam tempoh 6 bulan sekiranya tindakan tidak diambil. 10% dari perusahaan SME dijangka tutup.
Kita harus memahami,
Ekonomi dunia bergantung rapat kepada kedudukan Amerika Syarikat dan China. Khususnya di Asia, kebergantungan terhadap China sangat tinggi kerana kuasa China sebagai pemodal (foreign direct investment, aide), pengeluar (manufacturing capacity) dan juga pengguna (consumer in tourism industry).
Uniknya, ekonomi abad ke-21 tidak bergerak sendirian. Kebergantungan antara satu sama lain sangat tinggi. Apabila Wuhan (8.3 juta penduduk) lumpuh, ia juga merencatkan pertumbuhan ekonomi China kerana kedudukannya sebagai bandar pengeluar. Banyak produk antarabangsa (Nike, McD, Starbucks, Apple) dikilang di Wuhan dan jenama automobil Fiat-Chrysler dipasang dan dikilangkan di tempat yang sama.
Maka, krisis 17 November 2019 mencetus kepada krisis kesihatan dan ekonomi dunia.
Secara kebetulan, kesuraman ekonomi dunia kini berada ditahap yang membimbangkan kerana kitaran 10 tahun yang sudah tiba (recession is bound to happen within 10 year cycle). 1997/1998 adalah Kegawatan Ekonomi Asia, 2008 adalah Krisis Subprime dan 2018-2020 adalah antara tempoh kemuncak semenjak pemulihan ekonomi pada tahun 2010. Semenjak 2015, China (kuasa pemodal, pengeluar dan pengguna) sudah mencatatkan pertumbuhan ekonomi tidak melebihi 7% (sangat sederhana).
COVID-19 hanya akan memburukkan lagi keadaan ekonomi China, Asia dan dunia.
Di Malaysia, kita bergantung kepada hasil eksport bahan mentah, separa siap (semi-microconductor) dan juga pelancongan. Antara 3 keberhasilan utama, COVID-19 merencatkan industri pelancongan khususnya dari China. Saban tahun China mencatakan jumlah 150 juta pelancong. Semenjak halangan keluar negara (travel ban) dilaksanakan, 20 syarikat penerbangan dunia menangguhkan operasi – melibatkan 48 juta pelancong terkandas.
Kekurangan pengguna industri pelancongan menjejaskan pemegang taruh seperti berikut: pengusaha hotel dan homestay, pemandu teksi dan bas, tour guide dan travel agent, pengusaha makanan di destinasi terkemuka, yang jumlahnya mencecah ribuan orang. Benar, apabila mereka lumpuh, secara mikro pendapatan isi rumah turut terjejas dan hanya melibatkan keluarga dan diri sendiri. Harus diingatkan kemampuan membeli (purchasing power) mereka juga akan mendatangkan kesan kepada sektor yang lain. Namun secara makro, sukar untuk kita menghidupkan semula industri pelancongan yang telah lumpuh dalam masa yang singkat apabila COVID-19 beransur reda.
Suka ataupun tidak, industri pelancongan adalah sektor utama dalam menyumbang ekonomi negara
Justeru, didalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri interim, sektor pelancongan yang berasaskan kepada SME diberi perhatian. Antara pakej rangsangan yang dilancarkan menumpukan:
a) memudahkan aliran tunai bagi perniagaan yang terkesan;
b) bantuan kepada individu yang terjejas;
c) merangsang permintaan dalam industri pelancongan.
Perincian fokus (a) yang beroperasi dari April-September 2020 meliputi:
- penundaan ansuran bulanan cukai pendapatan;
- 15% diskaun bayaran penggunaan elektrik;
- Pengecualian levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia;
- Pemansuhan cukai perkhidmatan bagi hotel.
Amat kasihan sekali sekiranya pengusaha SME tidak mempunyai simpanan kewangan yang efisien dan aset syarikat yang boleh menanggung ketiadaan operasi Mac – September 2020. Adapun kita tidak berapa pasti sampai bilakah industri pelancongan akan dibekukan akibat penularan COVID-19.
Rakyat Malaysia (khususnya belia) harus mencadangkan kepada Pemerintah:
Memulakan pembelajaran secara maya (electronic learning) terhadap kursus kemandirian (survival skills) didalam abad 21. Sebagai contoh, digital marketing, coding, entrepreneurial skill, excel and spreadsheet, business proposition plan, decision making dan banyak lagi. Sementara belia dikuarantin dan bergantung penuh pada media sosial, inilah masanya untuk kita merancakkan penyebaran ilmu.
Mengaktifkan Kawasan Rukun Tetangga Daerah, Gerakan Belia 4B, untuk mengenalpasti tarikan ekonomi (economy blindspot) di peringkat daerah untuk digerakkan oleh komuniti setempat.
Meningkat kebolehcapaian MaGIC dan Dasar Keusahawanan Nasional 2020 bukan sekadar program-program bombastic dan populis, tetapi lebih terarah kepada penglibatan golongan sasaran – belia, masyarakat luar bandar, golongan B40 dan lain-lain.
Sebagai kesimpulan, kesiapsiagaan mental begitu penting. Mentaliti rakyat harus diubah dari suka bergantung kepada kerja, kepada keberhasilan sendiri (self-made success). Pencapaian dan penguncupan ekonomi Malaysia lebih terarah kepada mentaliti dan ketahanan untuk berdaya saing setiap individu rakyat Malaysia.
Kerajaan hanyalah pembuka jalan, penggeraknya adalah kita sendiri.